Sabtu, 22 Ogos 2009

Kenduri Menyambut Ramadhan

Semalam selepas solat jumaat, di rumah arwah nek (km 13 jln sg sembilang, umbai)mak dan andak telah buat kenduri sempena sambut bulan ramadhan dan tahlil buat arwah nek (Nah binti Salleh), atok (Ahmad bin Husin), atok Kanchil bin Jati serta arwah ahli keluarga lain yang telah meninggal dunia. Semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat...Al-Fatihah.

Ini adalah gambar-gambar semasa kenduri...

Mak bersama anak-anak tersayang (Abang, kak dik dan ajoy. Buat ajoy, terima kasih banyak2 sebab sanggup datang dari KL walaupun baru balik dari kerja malam.



Di beranda luarpun dipenuhi tetamu


Antara tetamu yang hadir


Yen dan member-membernya dari KL


Cik limah, kak biah dan mak ngah (tukang masak)


Andak dan abg Musa. Andak selaku orang kuat untuk kenduri kali ni...


Budak-budak form 6 dari High School Setapak

Selasa, 18 Ogos 2009

A-18-11, Taman Danau Kota, K. Lumpur









Syukur Alhamdullillah....Inilah rumah yang baru kami beli di Taman Danau Kota, Setapak. Apa yang membuatkan aku tertarik sangat untuk membeli rumah ini adalah kerana faktor lokasinya yang begitu strategik, hanya 5km dari Bandaraya K. Lumpur. Disamping itu, segala kemudahan terdapat di sini dan sangat sesuai untuk aset "long term investment". Walaupun harga rumah ini agak mahal tetapi aku amat puashati kerana nilai harga tanah di sini memang tinggi dan akan meningkat dari masa ke semasa.

Isnin, 17 Ogos 2009

Geng Guru-guru K.Hidup SMK Selandar

Majlis makan-makan sempena meraikan guru-guru pelatih k. hidup (Umi dan Yani) yang akan tamat praktikum minggu depan. Lokasi tempat makan kami di Medan Ikan Bakar Umbai- Pernu.


Ahad, 16 Ogos 2009

Berkebun di belakang rumah

Lihatlah pokok-pokok "tanaman makanan" yang mula tumbuh menghijau di halaman belakang rumah kami. Antara pokok yang ditanam seperti cili padi, terung, bendi, cili hijau, serai, lengkuas, daun kesum, bunga kantan, daun kunyit, belimbing buluh, daun pandan, pisang, misai kucing, tebu madu, petai dan pelbagai lagi....








Sabtu, 15 Ogos 2009

Pertandingan Terrarium Peringkat Kebangsaan 2009





Buat julung-julung kalinya, SMK Selandar menyertai pertandingan terrarium peringkat kebangsaan 2009 di MITC Melaka pada 9 Ogos 2009 sempena hari penternak, petani dan nelayan kebangsaan 2009. Sekolah SMK Selandar diwakili oleh Ahmad Azizi Zulhilmi dan Nuzurul Ikram Md Isa. Sekolah kita berjaya memperolehi tempat kelima. Tahniah diucapkan buat Azizi dan Ikram kerana mampu memberikan idea dan kreativiti masing-masing sepanjang pertandingan terrarium dijalankan, biarpun ini kali pertama mereka bertanding.