Sabtu, 30 Ogos 2008

Kuliah kali ke 6 (30 Ogos 2008)

Kuliah Dr Izan (8.00-11.00 pg) - Information Technology in Teaching & Learning
Tajuk: Using instructional software & multimedia for content area
Kuliah kali ini membincangkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sejarah pedidikan komputer dan fasa-fasanya. Kebaikan penggunaan komputer dalam kelas kepada pelajar dalam guru. Keperluan pendidikan masa kini memerlukan komputer sebagai bahan bantu mengajar.

Kuliah Miss Chin (11.00-2.00ptg) - Psikologi Pembelajaran
Tajuk: Contructivist Teaching and Learning
Kuliah kali membincangkan dengan lebih mendalam tentang teori konstructivisme. Perbincangan bersama ahli kumpulan tentang Contructivism Uses a Process Approach.
Kemudian setiap kumpulan buat presentation.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Adik-adik perempuanku





Di depan Kota A Famosa,
Banda Hilir Melaka

Kenangan di Pantai Pulai, Melaka


Bersama suami tercinta..
Aku rela hidup denganmu
Demi bahgia, hanya Tuhan bisa memisahkan kita
Jaga dan lena ku kuntum kerinduanku
Untuk mempersembah sayang padamu
Keharuman bunga tak seharumnya cintaku
Istimewa untuk sunting jiwamu
Bermula pandang pertama
Kau utuskan senyum mesra
Aku ingin seribu tahun lagi bersamamu...
Kubinakanmu istana
Aku rendakan bahagia
Dengan niat suci
Kaulah permaisuri
Sambutlah cinta abadi
Genggam dan semat dihati
Manisnya asmara
Kekal selamanya...
26 November 2004

Setiap hari jumaat

Sudah menjadi rutin mingguan, bila tiba hari jumaat maka sebelah malamnya aku dan suami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang penat jugak, orang hari minggu nak berehat dengan keluarga tapi aku dan suami kena gi kuliah. Assignment nak kena buat, prensentation tiap-tiap minggu dan macam-macamlah as long as you are student. Tapi kali ni learning process jauh berbeza. Nak tahu perbezaannya?

  1. Belajar bersama suami tercinta di bidang dan U yang sama (pasangan husband n wife dlm kelas tau). Jangan jealous..
  2. Dah ada duit, kerja tetap, gaji bulanan, kereta dan rumah. Dulu masa buat degree susah sangat, duit belanja tak cukup, makanpun hanya sekali jer sehari.
  3. Dunia pembelajaran hari ni semua menggunakan teknologi (ICT), assignment pun hantar guna email, belajar dan discussion pun boleh online (group conference) semuanya canggih dan memang menarik.

Apapun aku memang kagumlah dengan semangat suami aku nak belajar, sentiasa berkobar-kobar nak gi kelas taknak ponteng langsung walaupun demam dan mata bengkak tetap nak gi kelas. Kalau tak kerana dia mesti aku tak sampai UM untuk belajar....semuanya atas dorongan suami tercinta. Sentiasa bersama-sama aku diwaktu susah dan senang. Sentiasa cool dan sabar. Semoga kita akan berjaya mengejar impian untuk dapatkan master.

Guru Oh Guru

Nukilan SN Dato Usman Awang

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat

Khamis, 28 Ogos 2008

Penyakit yang belum hilang

Nampaknya penyakit ketumbuhan di mata suamiku masih belum pulih walaupun sudah tiga minggu berlalu. Ubat dari UM dan Hospital Jasin, masih tak mampu meredakan penyakit suamiku. Matanya semakin merah dan membengkak. Risau aku dibuatnya. Kalau minggu depan tak baik jugak, nampaknya terpaksalah Dr. buat satu pembedahan kecil di Hospital Melaka. Tapi harap-harap yang bengkak akan mengecut, yang merah akan ok. Bukan apa, kesian aku tengok...asyik dok depan cermin tenyeh ubat, baiknya dak jugak. Apapun aku sentiasa mendoakan agar suamiku cepat sembuh dan sihat selalu hendaknya.
Sayang, SAYANG abang......

Rabu, 27 Ogos 2008

Perbincangan Kumpulan (Assignment 2)

Malam ni pukul 9.00 malam, semua group members akan buat online discussion dalam ym dan wiki. Assignment Dr. Izan dan Miss Chin perlu siapkan sebelum 3 Sept. Setakat ini, aku masih blurr...dengan kehendak tugasan kali ini. Harap malam ni, member satu group Helmy, Roziana dan Yati akan terangkan lebih lanjut apa yang perlu kita buat. Assignment kali ini melibatkan markah yang tinggi iaitu 30%. Itu yang membuatkan aku lebih risau dan cuak jugak. Takut tak dapat buat seperti yang dikehendaki oleh lecturers. Apapun kita semua akan cuba lakukan yang terbaik berdasarkan kemampuan ahli kumpulan. Semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha kita.

Tekanan yang makin terasa selepas dua bulan

Assignment banyak lagi yang belum siap. Due date dah nak dekat, aku makin tension. Rasanya dah tak larat lagi nak study. Tapi aku akan cuba sedaya upaya, mengumpul semua kekuatan yang ada untuk menempuh dugaan ini. Tiada siapa yang memaksa aku untuk sambung buat master, keputusan yang aku buat sendiri so rasakan bagaimana keperitannya. Kadang-kadang menyesal pulak, kenapa masa bujang taknak sambung belajar, tunggu dah kahwin dan tua baru terhegeh-hegeh gi U. Namun apapun cabaran yang mendatang aku harus hadapinya. Semoga Allah merestui perjalanan hambaNya yang lemah ini.