Jumaat, 29 Ogos 2008

Setiap hari jumaat

Sudah menjadi rutin mingguan, bila tiba hari jumaat maka sebelah malamnya aku dan suami akan bertolak ke Kuala Lumpur. Kadang-kadang penat jugak, orang hari minggu nak berehat dengan keluarga tapi aku dan suami kena gi kuliah. Assignment nak kena buat, prensentation tiap-tiap minggu dan macam-macamlah as long as you are student. Tapi kali ni learning process jauh berbeza. Nak tahu perbezaannya?

  1. Belajar bersama suami tercinta di bidang dan U yang sama (pasangan husband n wife dlm kelas tau). Jangan jealous..
  2. Dah ada duit, kerja tetap, gaji bulanan, kereta dan rumah. Dulu masa buat degree susah sangat, duit belanja tak cukup, makanpun hanya sekali jer sehari.
  3. Dunia pembelajaran hari ni semua menggunakan teknologi (ICT), assignment pun hantar guna email, belajar dan discussion pun boleh online (group conference) semuanya canggih dan memang menarik.

Apapun aku memang kagumlah dengan semangat suami aku nak belajar, sentiasa berkobar-kobar nak gi kelas taknak ponteng langsung walaupun demam dan mata bengkak tetap nak gi kelas. Kalau tak kerana dia mesti aku tak sampai UM untuk belajar....semuanya atas dorongan suami tercinta. Sentiasa bersama-sama aku diwaktu susah dan senang. Sentiasa cool dan sabar. Semoga kita akan berjaya mengejar impian untuk dapatkan master.

Tiada ulasan: