1.Jin dan syaitan dibelenggu.
Nabi SAW telah menyebut juga bahawa pintu syurga dibuka, ditutup pintu neraka serta dibelenggu para syaitan (Riwayat Al-Bukhari, 1/18 ; Muslim, 1/41)
2. Setiap amalan fardhu dan sunat diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda"
3. Diampunkan dosa orang yang beri makan orang berbuka puasa
“Siapa memberi makan kepada orang yang berpuasa , pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya .”
4. Pintu neraka ditutup
Kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
5. Dibuka semua pintu syurga
Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semua ada di bulan ini.
6. ALLAH hiaskan SYURGA
7. Dilepaskan tahanan neraka dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
8.Diampunkan dosa yang lalu dan akan datang dari Syawal hingga Ramadhan sekiranya cukup dan sempurna syaratnya.
Peringatan-Maksiat mengurangkan pahala ibadat. Tambahkan ibadat, kurangkan/jauhkan maksiat untuk cemerlang dalam Ramadhan
9. Bulan dimana Al-Quran diturunkan dari LOH MAHFUZ ke Langit dunia (Baitul Izzah).
10. Lailatulqadar
Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari:
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.
Carilah Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, khasnya malam-malam ganjil.
Selasa, 9 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan