Minggu penuh stress...
Assignment yang berlambak-lambak nak kena buat. Rutin harian dah terganggu. Dulu kalau pkl 10.00 mlm aku dah tidur tapi sekarang pkl 5.00pg masih buat assignment. Kurang tidur, kurang makan dan lagi "kurang kasih sayang". Kenapa aku berkata begitu? Sebabnya aku dan suami masing-masing sibuk buat assignment. Dah takde masa nak bergurau senda dan pergi jalan-jalan macam dulu. Kesian dia...
Apapun terjadi kasih sayang aku terhadap suami tercinta tak pernah kurang walaupun kadang-kadang aku ni ada angin satu badan. Suami aku tetap sabar dan cool. Tak kuasa nak layan kot!
Esok nak kena submit assignment Dr.Izan dan Miss Chin. Malam ni, aku kena pastikan semuanya siap...Prepare for presentation tomorrow!
Jumaat, 5 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan