Isnin, 1 September 2008

Selamat Menyambut Ramadhan 1429H

Pertama kali menyambut ramadhan di rumah baru di Kg. Kelubi, Jasin. Suasananya jauh berbeza berbanding di rumah lama Tmn Bkt Tembakau, ada ramai jiran yang prihatin macam kak ain, abg ali, cik bedah, cik rahman, kak gayah dan abg jamal. Bila time buka puasa kita bertukar-tukar juadah berbuka puasa dan yang bestnya tiap-tiap petang kitaorg akan bersidang dekat belakang rumah aku. Kalau bukan bulan puasa, siap buat makan-makan. Yang paling rajin jamu kitaorang makan siapa lagi kalau tak "Chef Ain". Ada jer juadah istimewa untuk kitaorang. Tapi itu semua tinggal kenangan....

Hari pertama puasa di rumah baru ni macam-macam hal dah terjadi. Nak tahu knape? lepas jer makan sahur, perut aku dah meragam, kena muntah-muntah dan cirit-birit. Agaknya loya sebab terlebih makan kot. Lepas makan cempedak goreng terus sambung makan nasi lauk daging masak kicap. Aku makan lebih bukan apa, sebab lepas ni aku kena buat banyak keje takut tak cukup energy lak. Suami aku relaks jer, sahur dengan sebiji kurma dan secawan teh. Apapun puasa tetap akan diteruskan. Ambil berkat hari pertama puasa ni.
Insya'allah...

Tiada ulasan: